Tuesday, 26 July 2011

BirthDay Girl --> ME !

Hari ini pada pukul 12.58pm, aku sudah genap hidup di muka bumi Allah ini selama 16 TAHUN. Dan hari ini juga, aku dan kawan-kawan telah mengadakan jamuan SWEET 16... Macam-macam kerenah dan perangai sepanjang hari lahir ku. Antaranya, selepas fizik adalah waktu bm dan cikgu Munasir tak ada oleh itu kelas pun jadi huru hara. Pada masa yang sama ada perselisihan faham berlaku...(tak boleh cerita...Private..)

Pada pukul 2.15pm kami keluar sekolah dan pergi ke KFC yang telah di buka di depan sekolah. Senang uh, tak payah dah pergi ke pekan. hehehehe. Ramai juga ku ajak, dan ada dalam 17 orang yang hadir. :D 

Setelah kami beli makanan, kawan-kawan sekelas ku memangil ku keluar sementara. Aku pun curiga juga apa yang mereka ingin lakukan. Rupa rupanya mereka nyayikan lagu 'Happy Birthday' untuk aku. Terharu sungguh aku di buatnya. Habis sahaja mereka menyayikan lagu, satu lagi kejutan yang datang = Fatin ! Rindu sungguh dekat dia. 

Kami makan. Kami lepak. Kami berposing-posing dengan kamera Fatin dan Shiro. 



Setelah selesai buat semua nye, kami cadang untuk pergi ke padang.


Dekat je. Setelah kami sampai kami berehat sementara, tiba-tiba kawan sekelas memanggil ku, aku pun menghampiri mereka, tanpa di duga, aku di saluti dengan tepung. Dan sepihan sepihan tepung masuk ke dalam mataku. Aku mengambil keputusan untuk membalas dendam.Dan dendam ku terbalas. Mwahahahaha. Dan beginilah muka kami semua....


hantu 4ps !

Model model Tepung !





Hari ini tidak akan ku lupakan. 
Terima Kasih kepada kawan-kawan... 
Far Fatin Alya Tyra Shiro Hazie Zue Nana Siti Wanie Syera Neno Iffah Emi Fajri Azmi dan Ejay. 
Aku sayang korang semua sampai mati. 



Thursday, 14 July 2011

I'm such a Devil of KPOP!



Because I love k-pop so very damn much...
I manage to make my sisters and brother to follow and like k-pop,
Then I manage to make my friend - Far to like k-pop. At this moment she only like to watch Korean drama. 
That's a start. And now I manage to make my 40 years old aunt to like K-POP !
 Oh Yeah ! 
Go Me ! 
I'm in a proses to make more K-Pop followers ! 
JOIN ME !

Balik dari kampung ---> Demam !

Kan dari post balik kampung makan durian  aku ada kata yang Mak bagi banyak buah rambutan untuk kami. Well hari isnin patut aku pergi sekolah tapi sebab malas jadi aku tak pergi. Ini lah buat kali pertama mama happy sungguh aku tak pergi sekolah. Sebab hari isnin adik-adik aku yang sekolah SKTM cuti jadi aku sorang je la yang pergi sekolah pagi tu nanti. 

Anyway malam tu dah la aku bukak kipas syling tambah lagi aku bukak kipas berdiri. Esoknya (Isnin) bagun je pagi, aku turun bawah ambil buku komik dan terus bukak kipas berdiri. Habis je baca komik, aku pergi la dekat peti ais dan makan ice-cream malaysia yang adik aku buat di sebalah kipas. 

Selasa pulak aku makan banyak gila rambutan. Malam tu aku dapat selesama teruk! Sampai sekarang (Khamis).  Mula malam tadi pulak satu lagi penyakit serang aku, iaitu penyakit batok berkahak. Huh ! sakit dada uh bila batuk. Sekarang pun masih lagi. Tapi demam tak ada pulak. Hmmm. Redha aje la. 

Dah tau tak sihat, malam tadi aku makan lagi rambutan ! Sengal kan ! hahaha. Itu la namanya Budak Degil !

Balik Kampung Makan Durian

Tengah hari Jumaat selepas ambil adik-adik aku di SKTM kami terus mula kan perjalanan ke Melaka. Tiba je di melaka kami pergi ke rumah nenek (mak mama). After that we went to rumah nenek (mak abah). Jarak antara rumah nenek belah mama and abah takde la jauh sanggat. Dalam 5km je. hehehehe.

Best sungguh duduk kampung. Dapat makan DURIAN ! Nenek (mak abah) kami adik beradik tidak panggil dengan panggilan "nenek" tetapi "mak". Nak tau kenapa? sebab masa kecil kecil dulu kami duduk dengan nenek dan kami lihat mak-mak sedara kami memangil mak jadi kami pun terikut ikut dan sehingga sekarang kami memanggil "Mak".



Mak kata rabu minggu kami nak balik, ucu ada balik sebab nak makan durian tapi tak kesampaian kerana tak ada yang gugur tetapi apabila kami balik, banyak juga yang gugur. Aku memberitahu bahawa pokok pokok durian tu hanya akan gugur apabila kami balik sajaha ! Oh yeah ! hahaha. Antara yang lain yang balik kampung, aku lah yang paling banyak dapat makan durian sebab aku sahaja yang duduk dengan Mak while yang lain duduk dengan nenek (mak mama). shhhhhh.

On the day we want to go back home, Mak bekalkan kami dengan banyak buah rambutan yang sudah pun di buang kulitnya. Sayang Mak ! Dalam perjalanan pulang kami makan. Esoknya pun kami makan.

37th Sports Day SMK Khir Johari

Thursday - 7.7.2011
Pada hari itu, sekolah kami mengadakan hari sukan peringkat sekolah di Proton City. Buat kali pertamanya aku memasuki kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan KAMI MENANG TEMPAT PERTAMA. Yeah ! 4 tahun berturut-turut tau. hahahah.

Selain itu, acara balapan dan tarik tali juga diadakan. Pada hari itu semua orang penat, letih dan ada juga yang dapat bersukaria dan tak termension ada yang dpt Dating. hhuhuhuhuhuhuhu



*Note: All this photo is from my loving friend Miss Alya Mahdzir. Thank you Girl ! 

Friday, 1 July 2011

Cikgu Ajak Ponteng

Thursday (30.06)
Dalam Satu hari macam macam telah terjadi. Semua nya kerja gila-gila belaka ! Antaranya :
Semalam ada acara sukan seperti lariann 1500m, lompat tinggi and tarik tali. Selepas kami melihat acara tarik tali, kami pun pergilah ke belakang makmal kerana Zuraira nak cuba lompat tinggi. Macam best je, nak try tapi malas.hahaha. Then kami duduk la in a group --> Zu, Emi, Ainor Wanie dan aku. Berapa minit kemudian cikgu praktikum datang join kami. Kami duduk lepak je.

Kemudian cikgu suruk budak-budak laki 4PD simpan balik peralatan peralatan lompat tinggi, dan cikgu sambong balik duduk gan kami. Lama tu ada jaga rasa bosan, so aku mencadangkan untuk main game "Truth or Dare".
 

Pada mulanya cikgu tak tahu macam mana nak main setelah kami explain dekat cikgu baru cikgu paham. Round pertama dan kedua adalah aku ! Sedih betol ! Petama aku pilih dare - aku kena melutut dan cakap "I love you so much. muah4" dekat Emi. Ni semua idea Zu. errgh ! Kedua aku pilih truth. Macam2 soalan mereka tanya. hahaha

Then kami main game "Badut" (susah nak explain) tapi game ni kira macam mendera orang. hahaha. Ada satu round Emi punya turn dia kena jenti dahi setiap orang, mula yang akan kena adalah aku tapi tiba tiba teacher yeam tegur dan cakap yang ianya salah sebab cikgu tak boleh rapat dengan murid, time tu jugak Zu Emi and Wani dok sorok dekat dinding ! Aku jugak kena.

Kami pown beredar. Kami plan nak masok kelas tau tapi cikgu cakap "TAK PAYAH". hahaha first time aku dengar ada cikgu cakap macam tu. So kami cari la port sesuai tanpa kantoi tiba2 siapa entah nampak dua kerusi kantin kat bawah pokok dekat padang. Apa lagi, kami pon pergi la. Tak ada siapa nampak. Kami pon sambong main badut. Antara semua aku lah hidung yang paling merah di tarik oleh mereka tapi dendam aku terbalas apabila 4 kali berturut turut degan cara yang belainan dapat dera mereka. Mwahahahaha.

Sebabkan kami penat sangat tergelak aja bila main badut kami pon decide to berhenti kejap dan main mainan lain iaitu ABC. Ala yang A-Z kena sape tangan orang sebelah. Round pertama aku dapat ke pusigan akhir iaitu dengan Emi and the winner for round 1 = EMI. :P Second round of course me again manage to get to the final round with Cikgu. The winner = ME !! hihihihihihi.
The time shows 1.10pm, so time to bersurai. . . .

Followers